fbpx

[VIDEO] Projek loji air tenggelam, tebing sungai runtuh di Puchong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu runtuhan berlaku di tebing sungai sehingga menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air berhampiran Idaman BSP Taman Mas, Puchong hari ini.

PETALING JAYA – Satu runtuhan dilaporkan berlaku membabitkan tebing sungai dan menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air berhampiran Idaman BSP Taman Mas, Puchong hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 4.14 petang tadi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya bergegas ke tempat kejadian.

“Komander operasi melaporkan bahawa berlaku runtuhan tebing sungai dan telah menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air sedalam 19 meter.

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba membuat pemantauan dan memaklumkan kepada pihak pengurusan pembinaan bagi memberhentikan kerja-kerja pembinaan.

Katanya, bomba turut meminta pihak tersebut menghubungi Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Kerja Raya bagi memastikan kawasan runtuhan selamat untuk kerja pembinaan diteruskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI