fbpx

Tiada bukti Dr. Mashitah, suami terlibat sindiket pemerdagangan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis tidak menemui sebarang bukti menunjukkan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan suaminya terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan mendapati pelaburan yang dibuat bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak mempunyai kaitan dengan sindiket tersebut.

Menurut Razarudin, berdasarkan hasil analisis beberapa akaun bank individu, pihaknya mendapati wang berkenaan merupakan duit simpanan.

“Sebelum ini kita ada mengesahkan keberadaan ahli politik bersama suaminya serta tiga lagi individu ke Myanmar untuk urusan pelaburan hartanah namun siasatan mendapati tiada sebarang pelaburan dibuat.

“Setakat ini seramai 11 individu telah diambil keterangan berkaitan kes tersebut,” katanya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, siasatan polis masih belum menemui bukti yang kukuh untuk membabitkan pelaburan itu dengan sindiket pemerdagangan manusia.

Katanya, siasatan kini menjurus kepada peranan seorang individu dengan gelaran ‘Datuk Seri’ disyaki mengambil kesempatan untuk menjana keutungan daripada pelaburan di Myanmar.

“Ini juga bagi mengenal pasti perhubungan antara beberapa individu serta dua ahli perniagaan rakyat China,” ujarnya.

Tangkap layar video penjelasan yang dimuat naik Mashitah mengenai dakwaan terlibat sindiket berkenaan di Facebooknya baru-baru ini.

Sebelum ini, media melaporkan polis sedang melakukan analisis terhadap kedudukan kewangan beberapa syarikat bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa melibatkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Razarudin dilaporkan berkata, laporan diperoleh daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) itu turut membabitkan maklumat beberapa individu serta ahli perniagaan tempatan bergelar ‘Datuk Seri’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI