fbpx

Seorang daripada dua dewasa Terengganu obes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasemani (tengah) melepaskan 1,000 peserta program Jalan Santai 10,000 Langkah di pekarangan Klinik Kesihatan Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kadar obesiti dalam kalangan penduduk Terengganu kian membimbangkan melibatkan 51 peratus golongan dewasa negeri itu berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Terengganu (JKNT), Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, ia peningkatan berbanding 47.5 peratus pada tahun 2015 dan 49 peratus (2019).

“Kelompok tertinggi yang menghadapi masalah obesiti di negeri ini berusia dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun.

“Boleh dikatakan satu daripada dua orang dewasa di Terengganu berdepan masalah obesiti atau berat badan berlebihan ini,” katanya selepas merasmikan program Jalan Santai 10,000 Langkah di Klinik Kesihatan Seberang Takir di sini hari ini.

Kasemani berkata, peningkatan masalah obesiti itu telah meningkatkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

Jelas beliau, ia terbukti apabila semakin ramai penduduk Terengganu didiagnos diabetes dan tekanan darah tinggi saban tahun.

“Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengambil inisiatif meningkatkan kesedaran awam untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui senaman teratur serta pemakanan berkhasiat.

“Ia termasuk penganjuran program FunWalk (Jalan Santai) ini. Peserta turut didedahkan demonstrasi penyediaan makanan sihat dan berpeluamg menjalani saringan awal pemeriksaan kesihatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI