fbpx

Raysha Rizrose umum hamil anak pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Raysha Rizrose kini hamil anak sulung.

PETALING JAYA – Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Raysha Rizrose mengumumkan dirinya kini hamil cahaya mata sulung.

Tidak berkongsi secara terperinci, Raysha atau nama penuhnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, 28, hanya memuat naik sebuah video momen romantis bersama suami yang juga pelumba kereta, Nabil Jeffri selain memaparkan ‘baby bumpnya’.

“Kami, 11 tahun kemudian,” katanya ringkas.

Difahamkan, 11 tahun tersebut merupakan simbolik kepada tempoh perkenalan mereka sehingga hari ini.

Perkongsian tersebut sekali gus menuai ucapan tahniah daripada netizen termasuk rakan selebriti.

“Masya-Allah, Alhamdulillah tahniah!” komen pelakon, Mira Filzah

“Alhamdulillah, tak lama lagi Hawra Uqaira (anak Uqasha Senrose) ada adik sepupu,” kata netizen.

Bagaimanapun, Raysha tidak mendedah butiran lanjut mengenai kandungannya termasuk usia kandungan ketika ini.

Untuk rekod, Raysha dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 selepas dua bulan bertunang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI