fbpx

‘Raksasa Oyen’ sukar berjalan terpaksa diet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR kucing jantan gergasi yang bernama Kroshik. - Foto @matroskin_perm/Newsflash

MOSCOW  –  Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup, lapor portal berita The Sun semalam.

Anggota-anggota penyelamat menemui kucing seberat hampir 17.23 kilogram itu tinggal di ruang bawah tanah sebuah hospital di Perm, Russia.

Kucing diberi nama Kroshik itu mempunyai berat badan luar biasa itu selepas diberi makan oleh kakitangan hospital tersebut.

Sebuah pusat perlindungan haiwan kini berusaha untuk mengurangkan berat badan Kroshik  kepada sekitar 4.53 kilogram dan antara kaedah yang digunakan adalah senaman.

Kroshik dipercayai telah ditinggalkan oleh pemiliknya sebelum  menetap di ruang bawah tanah hospital itu.

Seorang anggota penyelamat itu memberitahu akhbar tempatan: “Kisah Kroshik adalah kes yang sangat jarang berlaku apabila seseorang sangat menyayangi kucing sehingga mereka sentiasa memberinya makan.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI