fbpx

Presiden FAM, Hamidin kini bergelar Tan Sri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamidin dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.

PETALING JAYA – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd. Amin dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Beliau dikurniakan darjah itu oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda, hari ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mendahului senarai 116 penerima dalam Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, bintang dan Pingat Persekutuan 2024.

Shamsul Azri dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri.

Turut dikurniakan PMN ialah Panglima Angkatan tentera Jeneral tan Sri mohammad Ab Rahman dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Selain Hamidin, lima lagi individu yang dikurniakan PSM ialah Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd. salleh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Hakim Mahkamah Persekutuan, tan Sri Harmindar Singh Dhaliwal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI