fbpx

Pesakit HKL baling ‘helmet’ di unit forensik Hospital Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video suspek membaling topi keledar di Bahagian Forensik Hospital Sungai Buloh, kelmarin.

SUNGAI BULOH – Seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan cermin di Bahagian Forensik Hospital Sungai Buloh menggunakan topi keledar, dipercayai berang selepas tidak dapat melihat jenazah ahli keluarga.

Difahamkan, kejadian belaku pada kira-kira pukul 12 tengah hari, kelmarin membabitkan suspek lelaki berusia 43 tahun yang merupakan pesakit mental.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Mohammad Nor berkata, lelaki tersebut ditahan dan polis turut merampas topi keledar dipercayai digunakan untuk memecahkan cermin Bahagian Forensik Hospital Sungai Buloh.

“Lelaki itu juga dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

“Sehubungan itu, satu kertas siasatan dibuat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kerosakan kepada harta benda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semakan turut mendapati suspek mempunyai sejarah pesakit mental di Hospital Kuala Lumpur (HKL), namun beberapa kali tidak hadir bagi janji temu dengan pegawai perubatan.

Beliau berkata, polis menyeru orang awam supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI