fbpx

Pekerja kilang fitnah anggota polis maut tragedi Ulu Tiram ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAPAH – Seorang lelaki berumur 25 tahun yang juga seorang pekerja kilang di Johor ditahan polis kerana disyaki menghantar komen yang berunsur fitnah terhadap anggota polis yang terkorban dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asnawi berkata, lelaki itu ditahan susulan satu laporan polis yang diterima daripada waris Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar pada 29 Ogos lalu.

“Laporan tersebut berkaitan satu hantaran di ruangan komen milik seorang warga tempatan yang turut menggores perasaan waris keluarga Allahyarham.

“Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah telah membuat tangkapan terhadap suspek,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, tangkapan telah dibuat sekitar jam 8 malam di sebuah rumah di Masai Johor pada Khamis dan merampas sebuah telefon bimbit.

“Suspek telah direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin depan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Dalam kejadian pada 17 Mei lalu, dua anggota polis maut, manakala seorang lagi parah selepas ditembak dan ditetak lelaki bertopeng yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI