fbpx

Pejuang wujudkan gabungan parti untuk mohon sertai PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Mahathir diiringi oleh isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Mukhriz bergambar bersama sebahagian ahli Pejuang pada Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-3 Pejuang di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

SHAH ALAM – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan menggunakan pendekatan mewujudkan gabungan baharu sebagai pilihan bagi memohon menyertai Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16.

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya sebelum ini telah mencuba menyertai PN, namun respons yang agak suam atau tidak begitu menyerlah.

Katanya, usaha sedang dilakukan bagi memastikan Pejuang dapat bersama-sama dalam PN pada masa akan datang.

“Ada banyak opsyen sebenarnya, contohnya kita tubuhkan gabungan kita sendiri. Gabungan itu tidak semestinya besar sampai mampu bertanding 212 kerusi, tetapi mungkin gabungan itu juga boleh memohon menyertai PN.

“Kita telah cuba sebagai satu parti dan kita faham keadaan itu (ditolak penyertaannya). Sekarang ini yang mendominasi PN adalah dua parti Melayu. Kami pun parti Melayu dan kita boleh faham apa pertimbangan mereka.

“Tetapi mungkin satu pendekatan yang lain boleh ditawarkan kepada mereka (PN), dan itu sedang kita usahakan,” katanya pada sidang akhbar selepas sambutan ulangtahun ke-3 Pejuang, di sini hari ini.

Sambutan tersebut turut dihadiri Pengasas Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Datuk Dr. Ibrahim Ali.

Untuk rekod, Pejuang pernah memohon menyertai PN, namun ditolak Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 20 Mac tahun lalu.

Mukhriz mengakui Pejuang ketika ini dalam usaha memperkukuhkan parti termasuk dengan berjumpa seramai mungkin pemegang-pemegang taruh politik Melayu khususnya generasi muda.

“Saya tahu mungkin kita kelihatan sedikit sunyi atau senyap tidak terlalu ke depan dalam arena politik negara ini ada sebabnya kerana kita perlukan sedikit masa bina semula kekuatan dalam parti.

“(Bertemu genarsi muda) adalah supaya kami mendapatkan gambaran politik bagaimana yang mereka mahu dan apa peranan Pejuang dalam memenuhi citarasa dan aspirasi mereka ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI