fbpx

Paralimpik Paris: Hikmah hilang kaki diserang jerung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRUWIT berjaya meraih pingat perak pada saingan Paralimpik Paris menerusi acara 400 meter gaya bebas wanita S10. - AGENSI

PARIS – Perenang Amerika Syarikat (AS), Ali Truwit yang berdepan tragedi ngeri 16 bulan lalu selepas kehilangan sebelah kaki akibat serangan jerung berjaya melakukan kejutan meraih pingat perak di Sukan Paralimpik Paris 2024 kelmarin.

Walaupun mengalami fobia terhadap air akibat serangan itu, Truwit yang kini berusia 24 tahun mengatasi masalah ketakutan itu apabila kembali terjun ke dalam kolam untuk bersaing dalam acara 400 meter gaya bebas wanita S10 di Paris.

Hasil kerja keras dan Truwit berjaya menyumbang pingat perak selain mencatat rekod baharu Amerika Syarikat dengan catatan masa 4:31.39 saat.

Pingat perak itu bukan sahaja menandakan kejayaan besar dalam kariernya, tetapi juga menunjukkan ketabahan dan semangatnya untuk kembali ke arena renang selepas tragedi yang telah mengubah kehidupannya secara keseluruhan.

“Apabila anda benar-benar berhadapan dengan kematian dan memahami nilai peluang kedua dalam hidup, anda ingin memanfaatkan setiap saat daripadanya.

“Jika mengimbas semula kejadian tersebut ia adalah hari itu sangat teruk dan mengerikan. Tetapi, saya masih hidup, jadi saya di sini untuk memanfaatkan peluang ini. Saya rasa ibu bapa saya telah melakukan kerja yang luar biasa membesarkan saya,” katanya.

Pada Mei 2023, Truwit mengakui dia diambang kematian selepas diserang oleh jerung secara tiba-tiba ketika berenang di pantai Turks dan Caicos yang bukanlah pantai terkenal dengan habitat jerung.

Sewaktu serangan tersebut, Truwit cuba melawan dan tidak dapat melakukan apa-apa apabila kakinya dibaham jerung, namun bernasib baik dapat melepaskan diri sebelum berenang sejauh 70 meter untuk menaiki bot sebelum dihantar ke hospital menaiki helikopter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI