fbpx

‘Liveband’ majlis kahwin atas bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan 'live band' itu membuat persembahan di atas ‘pentas’ setinggi bumbung rumah. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial di Indonesia memaparkan kumpulan ‘live band’ membuat persembahan nyanyian untuk majlis perkahwinan dari atas bumbung sebuah rumah, lapor saluran berita Wolipop semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @dianmustikapaksi, seorang lelaki dilihat sedang menyanyi di atas ‘pentas’ yang tinggi dan jauh daripada pelamin serta tetamu. 

Lebih mengejutkan, mereka dapat melihat pemandangan yang luas seperti bumbung rumah, khemah dan lain-lain. 

“Ini baru persembahan setinggi bumbung rumah,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu merekodkan lebih 1.2 juta tontonan dan mengejutkan ramai netizen kerana pentas persembahan sering diletakkan berhampiran dengan pelamin. 

“Kesian sama tetamu, leher mereka mesti sakit,” kata seorang netizen. 

“Ini baru betul penyanyi di atas awan!” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI