fbpx

Kementerian Perladangan dan Komuniti tiada isu pertindihan bidang kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari melawat reruai kesihatan ketika hadir pada majlis Hari Ekzema Sedunia 2024 di Auditorium Hospital Kuala Lumpur. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

Kuala Lumpur – Kementerian Perladangan dan Komoditi tidak mempunyai isu berkaitan pertindihan bidang kuasa dalam badan berkanun sehingga ke tahap mengurangkan dan menstruktur semula agensi di bawahnya.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah kerajaan mengurangkan jumlah badan berkanun tidak menjadi masalah asalkan masih memberi manfaat kepada negara dan rakyat.

“Kita tiada pertindihan fungsi, cuma ada peranan agensi yang bertambah kecil contohnya daripada pertanian yang kerajaan lakukan sudah mengecil.

“Mungkin sebahagian daripadanya boleh disatukan, dalam agensi ini nanti akan ada yang menguruskan koko, kenaf dan lain-lain.

“Oleh itu, kementerian tiada masalah (penstrukturan semula) yang penting agensi ini mesti bermanfaat kepada (semua pihak) untuk menerima kesan daripada pembabitan agensi itu kepada seluruh ekonomi,” katanya selepas Majlis Perasmian Hari Ekzema Sedunia 2024 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Sub Kepakaran Dermatologi KKM, Dr Azura Mohd Affandi serta Timbalan Pengarah (Perubatan) HKL, Dr Shahrum Ismail.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah pengurangan badan berkanun yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini sebagai langkah penjimatan kerajaan dan mengurangkan pertindihan fungsi agensi berkaitan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keperluan sama ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak membawa keuntungan dikekalkan atau tidak, Johari berkata, perkara itu perlu dirujuk kepada Kementerian Kewangan (MOF).

“GLC itu kena tanya MOF sebab saya pun tak tengok semua mana yang untung dan rugi,” katanya.

Pada 4 September lalu, Anwar memaklumkan kerajaan mengurangkan jumlah badan berkanun berkuat kuasa serta-merta bagi menangani isu pertindihan fungsi dan penjimatan dana negara dengan penubuhan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan.

Katanya, langkah itu sebahagian daripada reformasi perkhidmatan awam dan badan berkanun termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Anwar berkata, jumlah badan berkanun terlalu banyak, malah bertindih dan menjadi punca berlaku perbelanjaan tidak terkawal.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI