fbpx

‘Kalau tak boleh satukan parti, kita satukan bangsa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir ketika menyampaikan ucaptamanya pada sambutan Ulangtahun ke-3 Pejuang di Shah Alam hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

SHAH ALAM – Semua parti Melayu termasuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) perlu mengetepikan perbezaan dan perjuangan masing-masing buat sementara dalam mewujudkan gabungan politik dalam memperjuangkan khususnya bangsa Melayu.

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sama ada suka atau tidak perjuangan di Malaysia dipengaruhi bangsa iaitu Melayu, Cina dan India.

“Kalau tidak boleh satukan parti, kita boleh satukan bangsa. Saya sebut bangsa ini dengan hati berdebar kerana termasuk dalam 3R (kaum, agama, raja). Esok dia (polis) panggillah.

“Kalau bangsa Melayu bersatu, kita akan jadi badan yang kuat dan mampu menang dalam pilihan raya. Kita dapati hari ini ramai daripada pemimpin parti lain ada bersama, alangkah elok kalau semua bersatu.

“Bercerai roboh, bersatu teguh itu semua orang katakan tetapi dari segi amalan kita tidak. Sebab itu, saya harap Pejuang akan fikir berkenaan bersatu bukan sebagai parti tetapi sebagai orang Melayu,” katanya ketika ucaptama pada majlis Sambutan Ulang Tahun ke-3 Pejuang, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri antaranya Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Datuk Dr. Ibrahim Ali.

Dalam pada itu, Mahathir memaklumkan negara telah ‘hilang kemerdekaan’ apabila tidak bebas untuk bersuara, berbincang dan menumpukan kepada masalah dihadapi, seterusnya menghilangkan amalan demokrasi yang diperjuangkan sebelum ini.

“Mungkin apa saya katakan ini dianggap keterlaluan, tetapi apa makna bebas kalau kita tidak boleh bercakap dengan 3R, tidak boleh sentuh itu, sentuh ini.

“Kalau kita tidak boleh bercakap mengenai bangsa dan agama kita, bermakna kita tidak bebas walaupun kita tidak lagi duduk di bawah cengkaman British, tetapi kita duduk dalam sebuah negara yang hak kita.

“Bahkan saya boleh kata, kerana saya berada di zaman British. Pada masa itu, saya biasa mengkritik, memaki dan mengadakan demonstrasi terhadap mereka tetapi saya tidak dilarang serta dipanggil oleh British, namun berbeza ketika ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI