fbpx

Indonesia minta rakyat beralih kepada EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta elektrik dirakam di Jakarta, tahun lalu. - AFP

JAKARTA – Menteri Pengangkutan, Budi Karya Sumadi menggalakkan lebih ramai rakyat Indonesia untuk menggunakan kenderaan elektrik (EV) dalam kehidupan mereka, lapor laman berita VnExpress kelmarin.

Ini adalah kerana katanya, Indonesia ingin memacu bilangan pengguna kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, Budi berkata, usaha menyakinkan orang ramai untuk menggunakan EV mungkin sukar pada masa ini kerana harga kenderaan tersebut yang masih mahal.

Mempromosikan pengangkutan hijau itu juga perlu dimulakan secepat mungkin supaya orang ramai akan dapat membiasakan diri dengan menaiki EV, demikian menurut Budi.

Beliau berkata, peralihan kepada EV merupakan idea besar yang pastinya akan memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat, khususnya untuk generasi akan datang.

Menteri berkenaan juga berharap akan wujud peningkatan gaya hidup untuk menjadikan kenderaan elektrik atau perasaan bangga memilikinya pada kemudian hari.

“Ini adalah idea besar yang pastinya akan memberi manfaat kepada kita semua, khususnya generasi akan datang.

“Namun, saya harus menyatakan di sini bahawa ia bukan tugas yang mudah.

“Saya berharap akan ada peningkatan dalam gaya hidup EV, walaupun (harga EV) masih mahal,” kata Budi sejurus selepas menganjurkan lawatan pihak pengurusan B-Universe Media Holdings di pejabatnya di Jakarta.

Menurutnya, penggunaan pengangkutan hijau perlu dimulakan secepat mungkin supaya masyarakat akan dapat membiasakan diri dengan kenderaan seperti itu.

Budi berkata, peralihan daripada kenderaan berkuasa petrol kepada EV boleh mengurangkan pelepasan asap dan menyelamatkan planet Bumi.

Beliau juga mengumumkan bahawa Kementerian Pengangkutan menjadi kementerian pertama yang memakai EV di negaranya.

Sebelum ini, Budi memaklumkan bahawa pemerintah sangat serius untuk menjadikan EV sebagai sebagai kenderaan yang banyak digunakan oleh rakyat Indonesia.

Beliau juga menggesa supaya pengangkutan awam di bandar-bandar turut menggunakan EV.

“Sejak 2019 kenderaan online (Grab Indonesia) telah menggunakan lebih daripada 10,000 EV, khususnya di Jakarta, Bandung, Bali, Medan, Surabaya, Yogyakarta, Semarang dan Solo,” ujarnya.

Indonesia menyasarkan untuk mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2060 atau lebih awal.

Negara itu telah menetapkan matlamat untuk mempunyai 2 juta EV dan 13 juta kenderaan dua roda elektrik di jalan-jalan raya menjelang 2030.

Berdasarkan rekod, sebanyak 144,547 unit EV digunakan setakat Mei 2024 di negara berkenaan sekali gus amat rendah.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI