fbpx

Hujan lebat di 12 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang akan melanda 12 negeri sehingga 9 malam hari ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah.

“Antara kawasan yang terlibat ialah Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Cuaca sama turut melanda Perak di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Muallim.

“Di Terengganu pula melibatkan kawasan Besut dan Setiu,” lapor MetMalaysia.

Tambahnya, hujan lebat juga melanda negeri Pahang di Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Beberapa kawasan di Selangor juga menerima hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

“Selain itu, Negeri Sembilan tidak terkecuali menerima cuaca buruk yang sama di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Begitu juga di Segamat, Johor dan seluruh kawasan di Pulau Pinang serta Kelantan,” katanya.

Di samping itu, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang juga dijangka berlaku di Sarawak iaitu Sri Aman, Betong, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah); Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).

“Begitu juga di Sabah iaitu melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat.

“Tidak ketinggalan Labuan juga dijangka menerima cuaca yang sama,” jelasnya,- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI