MANCHESTER – Pengkritik bola sepak England, Graeme Souness mengakui bimbang melihat perancangan Manchester United yang meletakkan tanggungjawab terlalu besar terhadap pemain mudanya, Kobbie Mainoo.
Mainoo menjadi tonggak utama untuk United dan England sejak dia berjaya menjadi pemain utama kelab itu pada November tahun lalu.
Pemain berusia 19 tahun itu berjaya meledak gol kemenangan ketika aksi final Piala FA menentang Manchester City selain berada dalam kesebelasan utama England untuk aksi final Euro 2024 ketika tewas berdepan Sepanyol.
Souness percaya bahawa Mainoo adalah pemain masa depan dan sekarang bukan lagi waktu untuknya memikul tugas yang berat.
“Saya perlu katakan ini, saya tidak mahu berlembut kerana Mainoo mungkin seorang pemain, tetapi meletakkan harapan terlalu tinggi padanya adalah kesilapan.
“Apabila dia berada dalam pasukan, orang memberikan pelbagai nama untuk Mainoo, ‘George Best baru’, ‘Bobby Charton baru’ dan ‘Denis Law baru’.
“Di Jerman, mereka menggelarkan Bayern Munich sebagai ‘FC Hollywood’ kerana terlalu banyak nama timangan diberikan dan di England adalah Manchester United.
“Mainoo sepatutnya berada pada tahap sekarang. Dia tidak boleh masuk dan kekal dalam pasukan terutama ketika berdepan pasukan yang bagus. Itu akan merosakkannya,” kata Souness. – AGENSI