fbpx

EPL: Pergolakan pemegang saham Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOEHLY dilapor bergelut untuk mengekalkan penguasaan terhadap Chelsea apabila timbulnya hubungan tidak harmoni bersama pemilik saham yang lain. - AFP

LONDON – Pemilik Chelsea, Todd Boehly dan rakan kerjasamanya yang memiliki pegangan saham ke atas kelab itu dilaporkan sedang bersaing untuk mengukuhkan penguasaan ma­sing-masing di Stamford Bridge.

Boehly yang mengetuai konsortium termasuk melibatkan syarikat ekuiti Clearlake yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat telah mengambilalih pegangan ke atas The Blues pada Mei 2022 dengan bayaran sebanyak £4.25 bilion (RM24.2 bilion).

Selepas pengambilalihan tersebut, mereka berdepan reaksi pelbagai daripada para peminat yang mempersoalkan mengenai aktiviti mereka pada jendela perpindahan apabila membawa masuk terlalu ramai pemain sehingga memberikan kesan kepada prestasi pasukan.

Laporan dari Bloomberg mendakwa, timbulnya hubungan kurang harmoni melibatkan pemilik Clearlake, Behdad Eghbali dan Boehly selaku peme­gang saham utama menyebabkan ma­sing-masing bersaing untuk menjadi pemilik penuh Chelsea tanpa sebarang perkongsian.

Perselisihan itu dikatakan wujud ekoran beberapa perkara yang gagal mendapat persetujuan bersama melibatkan polisi pada jendela perpindahan, kegagalan dalam projek pembinaan stadium baharu dan prestasi semasa pasukan itu.

Pemergian Ketua Pegawai Eksekutif mereka, Chris Jurasek awal minggu ini yang meninggalkan pasukan dilihat sebagai petanda pergolakan yang wujud sekali gus menyaksikan Chelsea bakal berdepan perubahan sekali lagi.

Sejak pemilikan baharu, Chelsea sudah menghabiskan dana sebanyak lebih £1 bilion (RM5.69 bilion) untuk mendapatkan pemain baharu yang kebanyakannya gagal memberikan impak, malah mereka sudah menukar lima pengurus dalam tempoh dua tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI