fbpx

[VIDEO] Arus deras, banjir kilat di Yan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah penduduk di Kampung Seri Perigi dinaiki air selepas hujan lebat mengakibatkan arus deras dan limpahan air di Daerah Yan tengahari tadi.

YAN-Hujan lebat berterusan sejak tengah hari tadi di daerah Yan menyebabkan lebih kurang 30 buah rumah penduduk di beberapa buah kampung sekitar kaki Gunung Jerai dilanda banjir kilat.

Kejadian ini dipercayai berpunca daripada arus deras yang kemudiannya melibatkan limpahan air ke anak Sungai Seri Perigi,Sungai Bakong dan Sungai Raga yang melebihi paras biasa sejak hujan lebat melanda daerah itu pukul 12 tengah hari tadi.

Seorang penduduk Kampung Seberang Pekan Yan, Che Bunga Saad,62, berkata, dia berasa terkejut apabila mendapati paras air di Sungai Yan yang bersambung dengan Sungai Perigi yang terletak bersebelahan rumahnya dipenuhi air sebelum melimpah ke pekarangan rumahnya.

“Hujan tanpa henti sejak tengahari tadi menyebabkan limpahan air sungai mula memasuki rumah dan saya segera mengarahkan anak dan empat cucu memindahkan pelbagai barangan ke tempat lebih tinggi.

“Kami juga tidak boleh alpa dengan keadaan itu kerana bimbang keselamatan berikutan keadaan cuaca tidak menentu sementara hujan masih turun dengan lebatnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Penolong Penguasa Bomba Noorhamidi Ali berkata, limpahan air dikesan berlaku di tiga kawasan peranginan di Yan menyebabkan berlakunya arus deras yang kemudian melimpah memasuki kediaman penduduk di daerah ini.

“Pasukan kita digerakkan ke lokasi sebaik mendapat maklumat kejadian arus deras bersama bantuan daripada,Jabatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), bomba komuniti serta malim gunung untuk memantau keadaan.

“Berikutan keadaan cuaca tidak menentu kita menasihatkan penduduk terutamanya kampung berdekatan anak sungai sentiasa berwaspada dan mengambil langkah perlu termasuk membuat persiapan jika diarah berpindah demi keselamatan nyawa mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI