fbpx

Aplikasi PKNS Loyalty+ dilancar hargai kesetiaan pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHMUD (tengah) melancarkan aplikasi itu di Galeria Sentral, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperkenalkan aplikasi PKNS Loyalty+ bagi menghargai sokongan dan kesetiaan pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Mahmud Abbas berkata, objektif utama pihaknya mahu menarik minat pelanggan baharu menggunakan produk dan perkhidmatan ditawarkan PKNS.

Jelas beliau, aplikasi khas itu boleh dimuat turun semua pihak ke telefon pintar menerusi Apple Store, Google Play Store dan Huawei Gallery mulai hari ini.

“Berkonsepkan kutipan mata (points collection) dan tebus mata ganjaran (points redemption), ia dapat menarik minat pelanggan untuk terus setia membeli dan menggunakan produk serta perkhidmatan PKNS.

“Kami memperkenalkan aplikasi PKNS Loyalty+ sebagai hadiah istimewa kepada pelanggan yang boleh mengumpul mata ganjaran setiap kali membuat pembelian rumah, lot kedai, produk kesihatan di Selcare dan Bazar Lokal di SACC Mall,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI