fbpx

Aisyah Hijanah, Alif Teega ‘mesra’, jadi cerai atau tidak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELIHATAM mesra berkongsi momen dalam Instagram, ada khalayak berasa tertipu adakah Aishah dan Alif benar-benar dalam proses perceraian.

PETALING JAYA – Tindakan usahawan dan pempengaruh media sosial sensasi Aisyah Hijanah berkongsi foto suaminya, Alif Teega dalam media sosial semalam mengundang tanda tanya ramai pihak.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai persoalan selepas Aisyah atau Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 26, dikatakan sudah memfailkan perceraian terhadap Alif pada baru-baru ini.

Menerusi perkongsian dalam InstaStory, Aisyah dilihat memuat naik swafoto Alif yang difahamkan dirakam ketika mereka sedang bekerja.

Dia bagaimanapun tidak memperincikan mengenai perkongsian tersebut sebaliknya membiarkan orang ramai terus berteka-teki.

“Cerai atau tidak? Adakah hanya sekadar konten sahaja?

“Adakah satu Malaysia kena ‘game’?” komen netizen.

Terdahulu, Aisyah mengesahkan sudah memfailkan cerai terhadap Alif di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Ogos lalu.

Dia bagaimanapun enggan berkongsi lanjut punca tindakan tersebut diambil.

Untuk rekod, Aisyah dan Alif mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017. Pasangan ini memiliki tiga orang cahaya mata.

Sementara pada November tahun lalu, Alif pula mengakui sudah berkahwin kali kedua dengan Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung anak ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI