fbpx

[VIDEO] Lelaki guna papan luncur menuruni bukit disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang individu menuruni bukit dengan papan luncur dipercayai berlaku di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau.

BALIK PULAU – Polis sedang menyiasat aksi merbahaya seorang individu yang menggunakan papan luncur menuruni bukit dipercayai berlaku di Jalan Tun Sardon di sini hingga tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya telah mengesan satu video berdurasi 47 saat yang dimuat naik pemilik akaun Facebook yang memaparkan aksi individu menggunakan papan luncur di atas jalan raya, kira-kira pukul 9.40 malam tadi.

”Kes ini disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Kaedah-Kaedah Kawalan Lalu Lintas (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti) 2021.

”Pihak polis memandang serius isu ini kerana tindakan ini membahayakan diri sendiri dan pengguna lain,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang individu yang menggunakan papan luncur dipercayai berlaku di Jalan Tun Sardon, Jalan Baru di sini.

Video tersebut memaparkan tindakan luar kawalan individu terbabit yang langsung tidak menghiraukan keselamatan diri dan pengguna jalan yang lain. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI