fbpx

2 bulan penyasaran subsidi, kes seludup diesel di Kelantan turun 95 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (dua dari kanan) melawat gerai jualan selepas Majlis Pelancaran Jualan Ihsan Rahmah Madani di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu hari ini. -Foto ROSMIZAN RESDI / KOSMO!

KOTA BHARU – Kes penyeludupan minyak diesel di Kelantan mencatatkan penurunan sehingga 95 peratus selepas penyasaran susbsidi diesel dilaksanakan pada 10 Jun lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, kes berkenaan menunjukkan penurunan apabila hanya tiga kes penyeludupan diesel yang dipercayai bekalan yang lama dilaporkan bagi tempoh Jun sehingga Ogos lalu.

Menurutnya, jumlah itu sangat rendah jika berbanding sebanyak 47 kes rampasan diesel dilaporkan sebelum pelaksanaan penyasaran susbsidi.

“Kes penyeludupan diesel di Kelantan berkurang selepas penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.

“Kes penyeludupan di Kelantan berbeza dengan penyelewengan di negeri lain. Jadi, pelaksanaan penyasaran subsidi dilihat berjaya di Kelantan kerana terdapat pengurangan kes penyeludupan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jualan Ihsan Rahmah Madani di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, sebanyak 80 jenis barangan terpilih yang terdiri daripada keperluan asas diberi potong harga antara 10 hingga 30 peratus.

Dalam pada itu, Azman memberitahu, jumlah kes penyeludupan petrol bagaimanapun masih menunjukkan peningkatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI