fbpx

[VIDEO] Wanita nyaris jatuh jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut yang berlaku di Jambatan Gelang Patah, Pontian, Johor.

PETALING JAYA – Cubaan seorang wanita untuk terjun dari Jambatan Baru Gelang Patah, Pontian, Johor berjaya dipatahkan dan diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Menerusi perkongsian rakaman papan pemuka yang dimuat naik di Facebook menunjukkan seorang wanita berbaju-T lengan pendek dan bertudung hitam berjalan di atas jambatan itu sebelum bertindak memanjat penghadangnya.

Bagaimanapun, tindakan pantas seorang lelaki yang merangkul badan wanita tersebut bagi menghalangnya untuk terjun dari jambatan berketinggian 25 meter (m) itu menyelamatkan nyawa wanita berkenaan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita itu dan syukur di atas pertolongan orang awam selain mendoakan semoga urusan wanita itu dimudahkan.

“Allahuakbar. Semoga dimudahkan semuanya untuk akak ni. Semoga semua yang kusut dileraikan, yang sempit dilapangkan, yang susah dimudahkan, yang sakit disembuhkan. Semoga diberi kekuatan dan semangat,” komen Nabila.

“Tak tahu nak kata apa sebab kita tak duduk tempat dia,” luah Andy Rimba.

“Kesiannya. Apa lah tekanan yang dia lalui ya. Moga dipermudahkan urusan,” komen Arif.

“Mungkin dia terlalu tertekan (dengan) hidup. Dah puas berdoa, dah puas berusaha tapi keadaan tetap tak berubah juga. Ya Allah, bantu lah dia,” komen Zaki Hj Yusof. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI