fbpx

Sedia JPJ Assist, perkukuh sistem online elak kesesakan di kaunter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy Fadly (tengah) beramah mesra bersama pelanggan yang menunggu giliran di kaunter JPJ Seberang Jaya, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Penambahbaikan kualiti perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang akan bermula Isnin ini diyakini dapat mengurangkan kesesakan pelanggan dan masa menunggu di kaunter.

Ketua Pengarahnya, Aedy Fadly Ramli berkata, penambahbaikan itu akan dibuat secara berperingkat selepas perbincangan bersama pengarah-pengarah negeri selesai sepenuhnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata antara penambahbaikan yang dijadualkan ialah menyediakan pegawai pemudahcara (JPJ Assist) bagi membantu pelanggan dalam urus niaga yang boleh dibuat secara dalam talian (online).

Katanya, pihaknya turut akan menggalakkan pelanggan membuat urus niaga pembaharuan Lesen Memandu (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) secara dalam talian melalui aplikasi MyJPJ dan portal MySIKAP.

“Sistem JPJeQ turut ditambahbaik untuk membolehkan pelanggan mendapatkan nombor giliran melalui imbasan kod QR selain pindaan prosedur operasi standard (SOP) bagi urus niaga berkaitan pelesenan kenderaan, pelesenan pemandu yang digantikan dengan e-dokumen atau e-borang dan boleh dilengkapkan awal sebelum berurusan di kaunter,” katanya selepas mengadakan lawatan ke kaunter JPJ di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar mengadakan lawatan mengejut ke ibu pejabat JPJ di Putrajaya Isnin lalu.

Dalam hantaran menerusi halaman Facebook, beliau berpandangan agensi itu perlu menambah baik taraf perkhidmatan dan memastikan isu yang melibatkan kepuasan pelanggan dapat diatasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI