NEW YORK – Bintang tenis No. 2 dunia, Aryna Sabalenka berjaya mara ke pentas final Terbuka Amerika Syarikat buat kali kedua berturut-turut selepas mengatasi cabaran sengit dari pemain Amerika, Emma Navarro.
Navarro yang sebelum ini mengejutkan juara bertahan Coco Gauff pada pusingan keempat, dilihat tidak mampu menandingi pengalaman Sabalenka sebelum tumpas dengan keputusan straight set 6-3, 7-6 semalam.
Kemenangan tersebut membawa Sabalenka selangkah lagi untuk meraih gelaran Grand Slam ketiganya dalam karier ini selepas mencipta kemenangan di Terbuka Australia pada 2023, 2024.
“Sekarang anda bersorak untuk saya, tetapi agak terlambat. Walaupun anda menyokong dia (Navarro) saya tetap terharu.
“Apapun, saya merasakan keadaan diri saya benar-benar baik dan bersedia untuk melakukan kejutan di pentas final,” katanya.
Sabalenka dijangka akan berdepan Pegula selepas pemain berusia 30 tahun itu berjaya menewaskan juara empat kali Terbuka Perancis, Iga Swiatek 6-2,6-4.
“Saya tidak peduli siapa yang akan saya hadapi dan saya bersedia untuk berdepan sesiapa saja. Jika saya berdepan Pegula sekalipun saya tetap bersedia,” katanya. – AGENSI