fbpx

Rancang langkah pingat emas LA 2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EDDY cemerlang meraih pingat gangsa buat kontinjen negara pada Paralimpik Paris kali ini. - MAJLIS PARALIMPIK MALAYSIA

JURULATIH pecut skuad olahraga para negara, Hamberi Mahat optimis anak didiknya, Eddy Benard berpotensi menggondol pingat emas atau perak pada Sukan Paralimpik Los Angeles 2028 (LA2028) di Amerika Syarikat nanti.

Hamberi menyifatkan pencapaian Eddy sebagai sesuatu yang luar biasa memandangkan fokus utamanya sebelum ini dalam acara lompat jauh menyaksikan dia meraih emas pada Sukan Para ASEAN 2022 di Solo, Indonesia.

“Dalam masa dua, tiga bulan ini, fokus utama kami adalah pada peningkatan kardio dan ketahanan kelajuan Eddy terutamanya untuk larian melebihi 40 meter. Keputusan yang kami capai adalah sangat memuaskan dan membanggakan,” kata bekas pelari pecut negara itu.

Biarpun hanya beberapa bulan melatih Eddy, namun disiplin serta motivasi ditunjukkannya memudahkan proses latihan yang secara tidak langsung membantu Hamberi untuk membina keyakinan pelari muda berusia 23 tahun itu.

Komitmen tidak berbelah bahagi Eddy sepanjang sesi latihan membuahkan hasil apabila berjaya menangi pingat gangsa acara 100 meter (m) T44 (kecacatan fizikal) serta memecahkan rekod Asia dengan catatan masa 11.58 saat baru-baru ini.

“Eddy merupakan seorang atlet yang sangat berdisiplin dan sentiasa bermotivasi. Itu yang memudahkan tugas saya untuk yakinkan dia,” tambah Hamberi

Melihat kepada masa depan Eddy, Hamberi merancang strategi jangka panjang memastikan atlet dari Sabah itu kekal berada pada prestasi terbaik dan optimis anak buahnya mampu melakar sejarah di masa depan.

Sebagai rekod, sebelum beraksi di ibu kota Paris, Eddy menunjukkan potensi dengan meraih pingat perak 100m T44 dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun pada Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI