fbpx

Penghadang Lebuh Raya Duke jatuh dirempuh lori, sebuah kereta alami kerosakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta mengalami kerosakan terkena serpihan penghadang Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke), Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori merempuh penghadang jalan di Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke), di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, maklumat kemalangan jalan raya itu diterima pada pukul 2.03 petang tadi.

“Pusat Kawalan Daerah (DCC) Sentul ada menerima maklumat berkaitan sebuah lori melanggar tembok penghadang jalan di atas Lebuh Raya Duke.

“Kemalangan itu mengakibatkan penghadang jalan jatuh sebelum terkena sebuah kereta yang diletakkan di bawah lebuh raya tersebut,” katanya ringkas hari ini.

Mengulas lanjut, beliau turut mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kemalangan itu.

“Kejadian adalah kemalangan jalan raya dan boleh dirujuk dengan pihak Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) KL,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI