fbpx

Pelajar kolej hanya minta nasi dengan kuah, air kosong sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Tido berkongsi kisah seorang pelajar yang datang ke kedainya dengan hanya memesan nasi dan kuah serta air kosong sahaja.

PETALING JAYA – Pempengaruh dikenali sebagai Ustaz Tido berkongsi cerita apabila kedai asam pedas miliknya didatangi seorang pemuda yang hanya memesan nasi bersama kuah serta secawan air kosong.

Katanya, pemuda itu merupakan seorang pelajar kolej dan melihat kepada keadaan individu tersebut kelihatan dia sedang lapar disebabkan kuantiti nasi yang diambil melebihi kebiasaan.

“Ada seorang pelajar kolej datang kedai asam pedas saya, duduk seorang datang nak makan nasi kuah asam pedas dan air kosong sahaja.

“Staf saya beritahu saya keadaan ini, saya lihat dari jauh, kesian nampak adik ini, banyak ambil nasi lapar agaknya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Bercerita lanjut, Ustaz Tido atau kini lebih mesra disapa sebagai Bro Tido berkata, selepas tersentuh melihat keadaan pelajar tersebut, beliau segera meminta pekerjanya untuk memberikan lauk tanpa mengenakan sebarang caj.

“Saya mintak staf saya beri air manis, beri ayam goreng, telur dadar dua. Biar dia makan kenyang. Saya beritahu kaunter jangan ambil duit adik ini. biar dia balik dalam keadaan senang hati dan moga-moga adik ini doakan lagi perniagaan kami,” katanya.

Pada masa sama, pempengaruh tersebut turut berharap agar kebaikannya hari ini mengalir sebagai saham akhirat buat arwah ibunya.

“Ya Allah kalaulah ada pahala dengan apa yang aku buat pada adik ini, kau berikanlah pahala ini buat arwah ibuku, Kamariah binti Ahmed,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI