fbpx

Pelajar dapat duit poket lebih RM19,000 jual lukisan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan Shadow Light (kiri) dan Wave Sparkle (kanan). – Khaosod

BANGKOK – Seorang pelajar universiti di Thailand tidak menyangka lukisan yang dihasilkannya dibeli pada harga 150,000 baht (RM19,175), lapor laman berita Khaosod kelmarin.

Kittichate Rattanakunsart sebelum ini menghasilkan beberapa lukisan tetapi semuanya dijual pada harga berpatutan sekitar 800 baht (RM102).

Pelajar semester satu Fakulti Lukisan Universiti Silpakorn itu berkata, dia terkejut kerana karya terbarunya mendapat sambutan dan perhatian memberangsangkan di internet.

“Saya pernah menjual dua hingga tiga lukisan yang dihasilkan untuk tugasan kuliah. Namun, kebiasaannya, ia hanya menerima cuma 20 hingga 30 tanda suka.

“Namun kini, saya menerima lebih 80,000 tanda suka dan pengguna media sosial berterusan berkongsikannya.

“Ramai orang berkata bahawa lukisan cantik ini dijual pada harga terlalu murah,” ujarnya.

Selepas kejayaan lukisan bertajuk Shadow Light itu, Kittichate menghasilkan sekeping lukisan serupa berjudul Wave Sparkel yang menerima bidaan tertinggi mencecah 150,000 baht baru-baru ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI