fbpx

Nafas busuk, doktor jumpa lipas dalam tekak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imbasan CT Scan menunjukkan bangkai lipas selaputi kahak di dalam tenggorok pesakit. - HINEWS.CN

BEIJING – Seorang lelaki berusia 58 tahun di Haikou, wilayah Hainan tidak menyangka nafasnya berbau sangat busuk berpunca daripada seekor lipas yang mati di dalam tenggoroknya, lapor portal berita Oddiy Central kelmarin.

Sebelum itu, lelaki yang tidak dinamakan itu berasa ada sesuatu merayap di bahagian hidung sebelum masuk ke dalam kerongkong semasa dia tidur.

“Saya cuba batuk untuk mengeluarkan ‘objek’ itu tetapi tiada apa-apa keluar, menyebabkan saya tidur semula,” katanya.

Namun, dia mendapati nafasnya mula berbau busuk dan mengalami batuk kahak berwarna kuning tiga hari kemudian.

Pesakit kemudian pergi ke sebuah hospital tempatan untuk berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak(ENT).

Menurut pakar yang dikenali sebagai Lin, pemeriksaan imbasan menunjukkan ada objek asing bersayap dalam tenggoroknya.

“Semasa pembedahan, saya jelas melihat terdapat sesuatu ‘bersayap’ di dalam bronkus dan diselaputi kahak. ‘Objek’ itu ialah seekor lipas,” kata Lin.

Lelaki itu pulih selepas pembedahan dan dibenarkan pulang keesokan harinya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN