fbpx

MDV bimbing Kumpulan Nuren disenarai di Bursa Saham Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Kanan Naib Presiden Teroka Kewangan MDV, Filzah Razak (kiri) dan Naib Presiden Kanan Teroka Kewangan Farid Mohd Rosli (tiga dari kanan) pada majlis penyenaraian Kumpulan Nuren di NSX di Sydney baru-baru ini.

PETALING JAYA- Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pembiaya teknologi dalam ekosistem syarikat pemula  ekoran kejayaan Kumpulan Nuren menjadi syarikat pemula pertama di bawah program Hutang Terokanya disenaraikan di Bursa Saham Nasional bagi Australia (NSX).

Nuren Group yang merupakan platform digital utama yang komited untuk memperkasakan wanita dalam keibubapaan, pendidikan dan kesihatan bersalin adalah antara syarikat permulaan teknologi kohort terawal yang memperoleh pembiayaan di bawah Program Hutang Teroka perintis MDV bagi meningkatkan operasinya.

Terdahulu, MDV memperkenalkan program tersebut pada tahun 2018, menandakan peralihan daripada tawaran pembiayaan tradisional syarikat, direka sebagai pembiayaan pelengkap pilihan untuk modal teroka.

Ketua Pegawai Eksekutif MDV, Rizal Fauzi berkata, penyenaraian Kumpulan Nuren di NSX menunjukkan potensi kukuh bagi syarikatnya untuk kejayaan di luar sempadan.

“Kami berbangga untuk menyaksikan perkembangan hebat Kumpulan tersebut dan kepentingan pasaran mereka dalam sektor digital.

“Kami juga berbesar hati telah menjadi sebahagian daripada perjalanan pertumbuhan mereka dan berharap dapat meneruskan sokongan kami ketika mereka memasuki fasa pengembangan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Rizal menerangkan, sebagai pembiaya teknologi yang berdedikasi, MDV komited untuk memastikan akses yang lebih inklusif kepada pembiayaan, merentasi semua peringkat pembangunan perniagaan terutamanya untuk syarikat pemula.

“Kami berharap kejayaan Kumpulan Nuren akan memberi inspirasi kepada syarikat teknologi yang baharu dan berpotensi tinggi lain untuk berinovasi dan menyumbang kepada pertumbuhan keseluruhan sektor permulaan, sejajar dengan Pelan Hala Tuju Ekosistem Permulaan Malaysia (SUPER) 2021- 2030,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI