fbpx

Lelaki diserang sawan mati lemas di Tasik Pedu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditemui mati lemas di Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada pagi tadi.

KUALA NERANG – Seorang lelaki ditemui mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke Tasik Pedu, dekat sini ketika memukat ikan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, mangsa berusia lingkungan 30-an turun ke Tasik Pedu bersama seorang rakannya kira-kira pukul 4 pagi dengan menaiki sebuah bot untuk memasang pukat.

Katanya, sebaik selesai memasang pukat, kedua-dua mereka kembali ke tebing untuk berehat sebentar.

“Kira-kira sejam kemudian, kedua-dua mereka turun semula ke tasik untuk menarik pukat. Pada ketika itulah mangsa mengalami sawan menyebabkannya terjatuh ke dalam tasik.

“Melihat keadaan itu, rakannya terjun ke tasik untuk menyelamatkan mangsa namun gagal menemukannya. Rakan mangsa menghubungi seorang lagi individu dan polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan berjaya menemukan mangsa kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.

“Mayat mangsa dibawa ke tebing dan dicam oleh isterinya. Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI