fbpx

Jangan sesuka hati panggil ‘kak atau puan’, sesetengah wanita sensitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ada sesetengah masyarakat menganggap panggilan kakak, kak dan akak kepada orang yang tidak dikenali seperti kurang sopan.

Katanya, sebaiknya mereka ini dipanggil dengan gelaran cik atau puan meskipun berdepan dengan peniaga tepi jalan.

Seorang pengguna X membangkitkan isu ini dalam satu ciapan yang dimuat naiknya apabila meminta orang ramai untuk tidak membiasakan diri memanggil orang tidak dikenali dengan panggilan ‘akak’.

“Please ye (tolong) jangan normalisasi panggil orang atau stranger (orang tidak dikenali) dengan panggilan ‘akak’, tak manis! Sama juga untuk berlainan jantina.

“Kalau tak tahu sangat nak panggil, panggil la ‘puan’ kalau tahu statusnya isteri orang. Kalau tak tahu pandai-pandai la panggil ‘cik, puan’ tak akan itu pun kena ajar? Lagi-lagi orang sales (jurujual). Kau rasa panggil orang ‘akak’ konon-konon ramah?,” soalnya.

Tambah wanita tersebut, sekiranya individu tidak dikenali itu terlebih dahulu membahasakan dirinya sebaga ‘kakak’, jadi tiada masalah untuk meneruskan perbualan dengan gelaran terbabit.

“Boleh je apply (biasakan panggil) walupun pada penjual goreng pisang, itu kita panggil manners (beradab). Kalau orang itu bahasakan diri dia ‘akak’ tak apalah. Tetapi ini untuk mulakan perbualan. Bukan semua orang suka dipanggil ‘akak’,” katanya.

Dalam pada itu, di ruangan komen ciapan tersebut, pelbagai reaksi diberikan orang ramai sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.

“Ini mesti tak ada jiwa masyarakat, panggilan akak, kakak ini lebih mesra. Buatkan orang yang baru kenal itu lebih selesa untuk bercakap dengan kita. Berbeza panggil puan, mungkin majlis rasmi boleh digunakan, tapi ia tidak sesuai untuk acara santai, sosial,” kata Zack.

“Tapi saya setuju juga, rasa macam eh, kau tua lagi dari aku, kenapa panggil akak. Kalau panggil cik tu rasa lebih manis,” ujar Norish.

“Jadi nak panggil kaum adam ni? Tuan? Macam pelik sahaja. Kami lagi selesa digelar ‘abang’. Kami tak complicated (menyusahkan) macam kaum-kaum hawa. Panggilan pun boleh buat gaduh,” seloroh Anuar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI