fbpx

Hilang kawalan punca lori rempuh pengadang Lebuh Raya Duke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta mengalami kerosakan selepas terkena serpihan pengadang Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke), Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Pemandu lori dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pengadang jalan dalam kemanlangan di Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke) menghala ke arah Gombak, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 1.40 tengah hari tadi.

Katanya, kemalangan berlaku apabila sebuah lori terbabas dan melanggar pengadang jalan.

“Kejadian itu menyebabkan batu pengadang terjatuh dan menghempap sebuah kereta di bawah lebuh raya tersebut.

“Kenderaan yang dihempap sedang parkir di bawah lebuh raya itu tanpa pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati lori tersebut dimaklumkan hilang kawalan sebelum terbabas.

Tambahnya, semakan terhadap pemandu lori warga tempatan berusia lingkungan 40-an sedang dilakukan termasuk ujian air kencing.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Siasatan diteruskan dan diklasifikasi di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI