fbpx

Hanya 25.7 peratus rakyat terima rawatan gigi – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Hanya 25.7 peratus rakyat Malaysia menerima rawatan pergigian dalam tahun lalu berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, rekod ini menunjukkan keperluan untuk mempergiat usaha meningkatkan status kesihatan pergigian di negara ini.

“Usaha penyelidikan berkualiti tinggi adalah komponen penting dalam usaha ini.

“Bagi menyokong keperluan meningkatkan status kesihatan pergigian, KKM memperkenalkan inisiatif 1 Individu: 1 Rekod Pergigian dalam memperkasakan individu dengan memberikan akses kepada rekod pergigian mereka melalui aplikasi MySejahtera,” katanya hari ini.

Terdahulu, KKM menganjurkan Persidangan Inisiatif Penyelidikan Kesihatan Mulut Kebangsaan Kali Ketiga (NOHRI 2024] di sini hari ini sebagai platform penting memperkasakan perkhidmatan kesihatan pergigian melalui penyelidikan dan pendekatan inovatif berdasarkan data.

Jawatankuasa ini terdiri daripada profesional pergigian daripada pelbagai agensi memainkan peranan penting dalam mengenal pasti keutamaan penyelidikan dalam bidang kesihatan mulut dan menyelia agenda penyelidikan kesihatan mulut yang lebih berkesan di Malaysia.

Menurut KKM, data status kesihatan mulut daripada Sistem Maklumat Pergigian (DIS) telah disepadukan ke dalam aplikasi MySejahtera, mewujudkan Rekod Kesihatan Sepanjang Hayat (LHR) yang komprehensif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI