fbpx

Guna gambar orang kenamaan jadi ‘modal’ menipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chong (kanan) bersama dua orang mangsa penipuan Kang (tiga dari kanan) pada sidang akhbar di Wisma MCA semalam.

KUALA LUMPUR – Bermodalkan gambar bersama pemimpin kerajaan dan orang kenamaan (VIP) di media sosial, dua lelaki berjaya memperdaya dua syarikat sehingga kerugian hampir RM300,000.

Kerugian itu melibatkan kontrak untuk melaksanakan sebuah festival di Miri, Sarawak pada September tahun lalu.

Difahamkan, konsert itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah pada 12 hingga 18 September.

Dua individu dikenali sebagai Ming dan Benjamin mendakwa mereka ialah pemilik serta pengasas syarikat dan mendapatkan kontrak untuk melaksanakan konsert berkenaan.

Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, bagi menyakinkan mangsa iaitu sebuah syarikat konsultan dan syarikat pembekalan alat untuk acara, suspek menawarkan jawatan serta pegangan saham dalam syarikatnya.

Malah, suspek turut berkongsi gambar bersama beberapa pemimpin dan VIP di media sosial mereka bagi memperdaya mangsa.

“Pada awalnya, mangsa iaitu pengurus syarikat konsultan dikenali sebagai Kang menerima pelawaan daripada suspek (Ming dan Benjamin) untuk menguruskan satu festival di Miri.

“Kang kemudiannya melantik sebuah syarikat untuk menyediakan pembekalan alatan untuk konsert berkenaan dengan nilai kontrak RM786,000.

“Bagaimanapun, selesai konsert syarikat itu mendapat bayaran pendahuluan sebanyak RM510,000, manakala syarikat Kang langsung tidak mendapatkan bayaran,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini semalam.

Mengulas lanjut, Chong berkata, baki sebanyak RM226,000 bagi syarikat Henry masih belum dijelaskan suspek sehingga sekarang, manakala Kang turut mengalami kerugian lebih RM60,000.

“Suspek menjelaskan mereka tidak lagi mempunyai wang untuk membayar baki bayaran untuk kedua-dua mangsa dan pelbagai alasan telah diberikan termasuk berada di luar negara dan akan kembali dalam masa terdekat.

“Lebih malang, kedua-dua suspek jugai tidak menjawab panggilan telefon daripada mangsa dan kini sudah menghilangkan diri,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI