fbpx

Jabatan Perangkaan lancar MyAgeing Dashboard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Uzir melancarkan MyAgeing Dashboard hari ini.

PETALING JAYA – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini melancarkan MyAgeing Dashboard yang mengandungi visualisasi data interaktif dan maklumat berkaitan statistik penduduk, penuaan dan jangka hayat.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, MyAgeing Dashboard dibangunkan untuk memudahkan pengguna mengakses statistik berkaitan struktur umur penduduk, penuaan dan jangka hayat di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.

“Dashboard ini turut ,emuatkan artikel dan berita terkini mengenai isu-isu penuaan dalam dan luar negara.

“MyAgeing Dashboard merupakan gabungan pelbagai sumber data primer yang dikeluarkan oleh DOSM seperti Anggaran Penduduk Semasa, Data Banci Penduduk, Perangkaan Penting dan Jangka Hayat.

“Turut dimuatkan data pentadbiran daripada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan seperti maklumat fasiliti kesihatan serta perkhidmatan sosial untuk warga emas,” katanya pada Majlis Peluncuran MyAgeing Dashboard secara dalam talian hari ini.

Menurut beliau, Dashboard itu merangkumi data siri masa dan indikator dari tahun 1970 sehingga terkini yang dikeluarkan oleh DOSM.

Tambahnya, statistik tersebut juga boleh digunakan sebagai input utama dalam pembentukan, pelaksanaan dan pemantauan dasar negara terutama berkaitan penuaan penduduk. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI