fbpx

CBP bakal terbit sukuk RM5 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar.

PETALING JAYA – Co-opbank Pertama (CBP) akan menerbitkan program Structured Covered Sukuk bernilai RM5 bilion sebagai salah satu usahanya untuk mempelbagaikan sumber pendanaan bagi tujuan pembiayaan aset dan menyokong operasi keseluruhan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, langkah berkenaan merupakan salah satu strategi CBP untuk memastikan kos kewangan yang stabil dan konsisten.

“Penerbitan sukuk masih dalam proses dan perlu mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) selaku pengawal selia CBP serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, CBP menerima penarafan FI Rating A3/Stable/P2 daripada RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings), yang secara tidak langsung dapat meyakinkan pelabur berpotensi terhadap kekuatan profil CBP serta membuka peluang kepada CBP mendapatkan Issuance Rating yang baik dari RAM Rating untuk proses penerbitan sukuk tersebut.

Pada masa sama, Khairil Anuar turut menyentuh berkenaan dengan pencapaian kewangannya tahun ini, yang mana sehingga Julai 2024, 13 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan CBP adalah daripada pelaburan sukuk.

Ia merupakan peningkatan berterusan berbanding 2022, yang mana pelaburan sukuk telah menyumbang sebanyak lapan peratus daripada keseluruhan pendapatan CBP, manakala pada 2023 ia telah meningkat kepada 10 peratus dengan jumlah aset pelaburan bernilai RM1.5 bilion.

Sementara itu, dalam mempromosikan CBP kepada masyarakat, Khairil Anuar berkata, pihaknya turut mengadakan kempen tahunan Hello CBP yang sedang berjalan sehingga 31 Disember 2024, yang mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah sehingga RM1.5 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI