fbpx

Casemiro bawa diri ke Liga Turkiye?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CASEMIRO kini menjadi buruan Galatasaray yang berminat mendapatkannya sebelum jendela perpindahan Turkiye ditutup 13 September ini. - AFP

ISTANBUL – Galatasaray berhasrat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah berpengalaman Manchester United, Casemiro sebelum jendela perpindahan Liga Super Turkiye ditutup pada 13 September ini.

Juara Turkiye itu merasakan Casemiro mampu menambahkan kekuatan di bahagian tengah meskipun pemain berusia 32 tahun tersebut dikritik hebat susulan prestasi buruk bersama United.

Para peminat The Red Devils juga dikatakan sudah hilang sabar dengan Casemiro disebabkan dua kesilapan mudahnya menyebabkan kelab berkenaan tewas 0-3 kepada Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford hujung minggu lalu.

Difahamkan, United tiada masalah untuk melepaskan Casemiro memandangkan mereka berjaya menandatangani pemain tengah Uruguay dari Paris Saint-Germain (PSG), Manuel Ugarte dengan harga £50 juta (RM285.02 juta) pada 31 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Galatasaray lebih berminat mendapatkan bekas bintang Real Madrid itu secara pinjaman selama semusim dan tidak bersedia membayar penuh gaji mingguannya bernilai £300,000 (RM1.70 juta) seminggu.

Selain Galatasaray, beberepa kelab dari Liga Pro Arab Saudi juga pernah menyatakan minat dengan Casemiro, namun tiada tawaran rasmi diberikan kepada United.

Buat masa ini, Casemiro diberikan cuti rehat selepas namanya tiada dalam senarai skuad antarabangsa Brazil dan dijangka kembali ke Pusat Latihan Carrington minggu depan menjelang aksi EPL seterusnya menentang Southampton pada 14 September ini.

Sekiranya berjaya mencapai persetujuan dengan pihak United dan Casemiro, ia pastinya menguatkan lagi Galatasaray yang turut berjaya mengikat khidmat penyerang Napoli, Victor Osimhen secara pinjaman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI