fbpx

Balas dendam kalahkan ratu pecut Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICHARDSON (dua dari kanan) menjuarai final 100m Liga Berlian Zurich awal pagi semalam dengan catatan 10.84s.

ZURICH, Switzerland – Bintang olahraga Amerika Syarikat (AS), Sha’Carri Richardson berjaya membalas kekalahan di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menewaskan ratu pecut Olimpik, Julien Alfred pada aksi 100 meter (m) Liga Berlian di Zurich semalam.

Kemenangan itu pastinya amat manis buat Richardson yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon utama untuk meraih pingat emas Olimpik tetapi dikejutkan kekalahan kepada Alfred yang meraih emas dalam aksi final di Stade de France, Paris bulan lalu.

Ratu pecut dari Saint Lucia itu menang dengan catatan 10.72 saat (s) menewaskan Richardson yang akur meraih perak menerusi masa 10.87s dan seorang lagi pelari AS, Melissa Jefferson memenangi gangsa selepas mencatat 10.92s.

Bagaimanapun, kekalahan itu langsung tidak melunturkan semangat Richardson yang juga juara dunia tahun lalu apabila merakam masa 10.84s, berkelebihan 0.04s ke atas Alfred di tempat kedua pada perlumbaan akhir 100m di Zurich awal pagi semalam.

“Saya berlatih dengan gigih kerana saya tahu perlumbaan ini tidak akan selesai dengan sendirinya,” kata Richardson.

Dalam pada itu, Alfred tidak kecewa dengan kekalahan tersebut dan hanya menikmati saingan itu tanpa sebarang tekanan.

“Saya rasa baik dan saya hanya berseronok. Saya sebenarnya belum sempat menikmati pingat (Olimpik) saya. Selepas berakhir di Paris, saya kembali ke Texas dan meneruskan latihan,” ujarnya.

Atlet Great Britain, Dina Asher-Smith yang gagal mara ke pentas final 100m Olimpik Paris 2024 berjaya menamatkan podium sebagai pemenang pingat gangsa dengan catatan 10.89s. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI