fbpx

Anak gadis bekas presiden jadi isteri ke-16 Raja Mswati III

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOMCEBO (kiri) dan Raja Mswati III. - Foto X

MBABANE, Eswatini  – Anak perempuan bekas Presiden Afrika Selatan menjadi isteri ke-16 kepada raja memerintah Eswatini, dahulunya dikenali sebagai Swaziland, lapor portal berita Business Insider Africa kelmarin.

Nomcebo Zuma, 21, yang merupakan anak kepada Jacob Zuma menjadi isteri Raja Mswati III, 56  dalam satu majlis tradisional, malam Isnin lalu.

Majlis tradisional itu diadakan di  kampung diraja Ludzidzini di Lobamba, ketika lebih 5,000 orang berkumpul untuk menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

Isteri baharu itu dilihat menari tarian buluh, upacara tradisional kewanitaan di mana wanita muda berkumpul untuk menyanyi dan menari untuk raja dengan payu dara yang terdedah.

Dalam satu laporan oleh Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), pada 2005, Mswati III mengambil Phindile Nkambule yang berusia 17 tahun sebagai tunangnya yang ke-13 dalam satu tarian buluh.

Negara berpenduduk 1.2 juta itu telah diperintah sejak 1986 oleh Raja Mswati III yang tidak asing lagi memilih wanita-wanita lebih muda untuk menjadi isterinya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI