fbpx

Ambil tahu ciri-ciri pemangsa pedofilia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pedofilia adalah penyakit gangguan mental yang merosakkan kehidupan ramai kanak-kanak dengan cara yang negatif.

Bagi seseorang yang didiagnosis dengan gangguan pedofilia, mereka melakukan tingkah laku seksual terhadap kanak-kanak, atau melalui tekanan emosi yang ketara disebabkan oleh dorongan serta fantasi dan ia lebih cenderung melibatkan golongan lelaki.

Berikut adalah ciri-ciri pemangsa pedofilia yang dikongsikan Hello Doktor di laman sesawangnya:

1. Berpura-pura jadi orang lain, contohnya menipu usia mereka dalam talian
2. Menawarkan nasihat atau persefahaman
3. Membelikan hadiah
4. Memberi perhatian berlebihan kepada kanak-kanak tersebut
5. Menyalahgunakan kedudukan profesional atau reputasi mereka
6. Bawa kanak-kanak tersebut bercuti atau berjalan
7. Hantar atau menyiarkan imej mereka yang terdedah
8. Ambil bahagian dalam aktiviti seks melalui webcam (kamera web) atau smartphone (telefon pintar)
9. Perbualan seksual melalui teks atau dalam talian

Sementara itu, Hello Doktor turut menjelaskan terdapat beberapa bukti bahawa gangguan pedofilia berpunca daripada ahli keluarga.

“Walaupun ia adalah fakta bahawa para saintis tidak mengetahui sama ada punca pedofilia ini adalah disebabkan oleh genetik atau tingkah laku yang dipelajari.

“Sebaliknya, seseorang yang mempunyai sejarah dicabul, atau penderaan seksual juga boleh menjadi pedofilia,” jelas Hello Doktor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI