fbpx

Abang bas ‘crush’ dengan murid sekolah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman memaparkan pemandu bas tersebut merakam penumpang bas yang merupakan murid sekolah rendah.

PETALING JAYA – Polis menahan seorang pemandu bas yang sebelum ini tular memuat naik rakaman video penumpang bas murid sekolah rendah dan melabel mereka sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, penahanan pemandu bas berusia 24 tahun itu dibuat sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang, kira-kira jam 2.57 pagi tadi di Simpang Renggam, Johor Bahru.

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuatnaik hantaran berkenaan di akaun media sosialnya.

“Semalam, Polis Kontinjen Johor mengesahkan menerima laporan polis dan menjalankan siasatan berhubung penularan rakaman video memaparkan kanak-kanak dalam sebuah bas dipandu seorang lelaki.

“Suspek memuatnaik rakaman video ke akaun media sosial TikTok dengan hantaran berkenaan masih wujud dan boleh diakses,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan dan polis mengalu-alukan kerjasama daripada ibu bapa kanak-kanak yang terdapat dalam rakaman video itu supaya tampil bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di aplikasi TikTok mengenai seorang pemandu bas sekolah menggelar seorang penumpang bas yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’.

Hantaran itu kemudian mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat kandungan seperti itu tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI