fbpx

71,290 calon lepasan STPM, setaraf ditawar ke universiti awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Seramai 71,290 atau 77.47 peratus calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan dan setaraf melibatkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), matrikulasi, asasi dan diploma berjaya ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian di universiti awam.

Kementerian Pendidikan Tinggi berkata, secara keseluruhannya sebanyak 1,114 program pengajian Sarjana Muda telah ditawarkan bagi sesi kali ini.

“Kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata kenyataan itu, KPT mengucapkan penghargaan kepada calon lepasan STPM dan setaraf yang telah mengemukakan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam menerusi UPUOnline®️.

“Pada tahun ini, KPT telah menerima 105,424 permohonan yang layak bagi lepasan STPM atau setaraf untuk melanjutkan pengajian menerusi UPUOnline®️.

“Seramai 71,290 calon telah ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian,” katanya.

Dalam pada itu, kepada calon yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian, KPT turut membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan di UPUOnline®️ dalam tempoh 10 hari, bermula 6 September pukul 12 tengah hari sehingga 15 September pukul 5 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI