fbpx

Pasangan Thailand paling ramai curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan bertarikh 26 Oktober 2002 menunjukkan kumpulan penari menyertai acara kebudayaan di Bangkok. - AFP

BANGKOK – Satu kaji selidik mendapati Thailand muncul negara yang mempunyai paling ramai pasangan curang di dunia, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kaji selidik mengenainya  oleh laman Bedbible Research Centre itu mendedahkan bahawa 51 peratus responden di Thailand mengaku mereka tidak setia kepada pasangan masing-masing.

Ia sebahagian besarnya berpunca daripada budaya setempat seperti poligami serta kepesatan industri seks.

Denmark muncul di tempat kedua dengan 46 peratus responden mengaku curang kepada pasangan diikuti Jerman (45 peratus), Itali (45 peratus) dan Perancis (43 peratus).

Sementara itu, dari segi faktor yang membawa kepada kecurangan, alasan paling kerap diberikan adalah perasaan marah, kurang keyakinan diri, kekurangan kasih sayang dan keinginan untuk mempunyai pelbagai pilihan.

Bagaimanapun, mereka yang curang mengaku masih menghargai monogami, dengan motivasi ke arah itu berbeza mengikut jantina.

Kaum lelaki sering curang apabila berasa diri tidak disayangi, manakala wanita menipu apabila berasa mereka tidak lagi menarik.

Kaji selidik sama turut mendapati  seramai 21 peratus lelaki curang kepada pasangan mereka berbanding hanya tujuh peratus  wanita.

Lebih mengejutkan, kumpulan umur yang paling banyak curang adalah 58 tahun iaitu sebanyak 20 peratus. – AGENSI

Berikut merupakan 10 negara paling banyak pasangan curang berdasarkan kaji selidik tersebut:

  1.   Thailand (51 peratus)
  2.   Denmark (46 peratus)
  3.   Jerman (45 peratus)
  4.   Itali (45 peratus)
  5.   Perancis (43 peratus)
  6.   Norway (41 peratus)
  7.   Belgium (40 peratus)
  8.   Sepanyol (39 peratus)
  9.   Finland (36 peratus)
  10.   United Kingdom (36 peratus)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI