fbpx

Tasik Seksyen 7 kekal tutup malam, pastikan tiada buaya lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Perhilitan Selangor membawa naik buaya yang memasuki perangkap di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kawasan sekitar Taman Tasik Seksyen 7 di sini, kekal ditutup kepada orang awam pada waktu malam susulan penangkapan seekor buaya tembaga jantan, malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Wan Mohd. Adib Wan Mohd. Yusoh berkata, pemantauan lanjut itu bertujuan memastikan tiada buaya lain berada di dalam tasik berkenaan.

“Kami akan pantau seluruh kawasan tasik itu guna dron esok (hari ini). Ia mungkin satu atau dua hari dan keseluruhan taman itu akan dibuka seperti biasa jika keadaan disahkan benar-benar selamat dan tiada lagi buaya,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, MBSA menutup taman itu buat sementara waktu bagi tujuan operasi penangkapan buaya terbabit.

Penutupan bermula pukul 8 malam hingga 7 pagi itu dilakukan atas faktor keselamatan orang awam bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Hasilnya, reptilia yang diburu berjaya ditangkap kira-kira 10.20 malam dengan pemeriksaan mendapati berat buaya itu adalah kira-kira 20 kilogram dan sepanjang 1.68 meter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI