fbpx

Syamsul bercerai kali kedua, air mata Patimah gugur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Syamsul iaitu Patimah bersedih dengan berita perceraian anaknya itu dengan bekas isteri, Ira Kazar.

PETALING JAYA – Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah tidak dapat menahan sebak melihat anak lelakinya yang perlu mengharungi fasa perceraian kali kedua hari ini.

Patimah berkata, doa sentiasa dititipkan buat anaknya agar terus kuat menghadapi dugaan hidup.

“Sejujurnya mengalir air mataku melihat anakku mengharungi takdir hidupnya seorang diri.

“Namun, doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu agar dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam Instagram hari ini.

Dia berkongsi perkara tersebut selepas Syamsul dan bekas isterinya, Ira Kazar disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Kuala Selangor hari ini.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, di sini mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh pengarah sensasi, Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

Peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.

“Alhamdulillah kes perceraian dan lafaz taklik sudah selesai pada hari ini di mana mahkamah mendapati Ira sudah melanggar taklik.

“Ada pelanggaran taklik yang sudah dilakukan Ira dan mahkamah berpuas hati bahawa memang berlakunya lafaz taklik dan mendapat bahawa Ira melanggar taklik tersebut sebanyak lima kali yang mana kali pertama pada 14 Ogos.

“Perkara itu berlaku dalam keadaan rela tanpa paksaan mana-mana pihak. Idah juga bermula pada tarikh yang sama (14 Ogos),” jelasnya.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI