fbpx

Shaza Bae nyaris maut gara-gara pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaza hampir maut disebabkan kecuaian seorang pemandu mabuk jalan raya.

PETALING JAYA – Malang tidak berbau buat pelakon Shaza Bae yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan semalam.

Shaza atau nama asalnya Shaza Nuriman Muhamad Zamri, 29, memaklumkan kejadian yang berlaku sekitar pukul 9.59 malam tersebut berpunca daripada sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu seorang pemandu mabuk.

“Waktu itu saya baru pulang daripada menjalankan penggambaran. Ada sebuah kerete Ford melanggar Axia di hadapan kami sehingga menyebabkannya berpusing dan melanggar kereta pemandu peribadi saya.

“Ada empat buat kereta lagi yang terlibat semasa kemalangan malam tadi. Kami juga belum tahu status terkini wanita hamil yang memandu kereta Axia.

“Pemandu kereta Ford itu mabuk. Saya boleh mati dalam kemalangan malam tadi tetapi Allah Maha Pelindung,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Dalam masa sama, pelakon drama Aku Bukan Ustazah sempat menitipkan nasihat kepada orang ramai supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk.

“Pengajaran daripada insiden ini, jangan memandu dalam keadaan mabuk. Memandulah dalam had laju yang ditetapkan.

“Jangan disebabkan kecuaian anda, membunuh nyawa orang lain yang tidak bersalah,” ujarnya lagi.

Difahamkan, dalam kejadian malam tadi Shaza baru pulang daripada menjalani penggambaran drama Dalam Sangkar Cinta Marina di Seremban, Negeri Sembilan. -VKOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI