PERNAH dilabel susah untuk memberikan kerjasama, pelakon Azhan Rani menolak dakwaan segelintir individu terhadap rakan seperjuangannya, Sharifah Sakinah.
Aktor prolifik itu sebaliknya memuji Sakinah antara rakan pelakon terbaik yang pernah bergandingan dengannya.
Menurut Azhan, aktres tersebut anak seni yang berdisiplin, bersedia sebelum muncul di set malah mudah memberikan kerjasama.
Bukan pujian biasa, rakannya itu juga disifatkan sebagai insan berjiwa positif, bukan toksik yang boleh menjadi pencetus huru-hara dalam set.
Kalau Azhan dah bersuara maknanya memang Sakinah bagus pelbagai segi. Bukan senang tau Azhan nak memuji kalau benda tak sahih.
MIZZ LAHAR: Apa kesudahan isu pelakon mengamuk di lokasi penggambaran baru-baru ini?