fbpx

Rumah Perakku Fasa 2 di Parit Buntar dijangka siap 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) ketika menghadiri Majlis Pecah Tanah Rumah Perakku Fasa 2 di Parit Buntar, hari ini.

PARIT BUNTAR – Rumah Perakku Fasa 2 yang akan melibatkan pembinaan 100 unit rumah tambahan, di sini dijangka siap pada 2026.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, projek itu turut melibatkan pembinaan rumah teres dan kedai pejabat dua tingkat yang akan siap secara berperingkat.

“Sebentar tadi, saya baharu saja merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Perakku Fasa 1 di Parit Buntar dan melancarkan Majlis Pecah Tanah bagi Fasa 2.

“Kerajaan Negeri Perak komited untuk memastikan rakyat negeri ini mendapat akses kepada perumahan yang mampu milik dan selesa,” katanya, di sini hari ini.

Rumah Perakku Fasa 1 yang disiapkan itu melibatkan 150 unit rumah, yang dijual dengan harga bermula dari RM95,000 selepas subsidi oleh Lembaga Perumahan Hartanah Perak (LPHP).

Sebahagian daripada 30 pembeli yang sebelum ini menerima tawaran Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera (PPPS) pada April lalu juga telah menerima kunci rumah mereka pada hari ini.

Menurut Saarani, ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri untuk memastikan lebih ramai rakyat Perak dapat memiliki rumah sendiri melalui skim bantuan perumahan yang disediakan.

“Projek perumahan di Dennis Town ini adalah sebahagian daripada usaha menyeluruh kerajaan negeri di bawah inisiatif Perak Sejahtera 2030, di mana kami bukan sahaja membina rumah tetapi turut membina komuniti yang berdaya tahan.

“Projek ini juga dijangka memberi impak ekonomi yang besar, termasuk dengan kehadiran Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) yang akan menyediakan peluang pekerjaan dan menarik pelaburan besar dari dalam dan luar negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI